Thursday, January 29, 2009

Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor

Tuesday, February 19, 2008

Sg. Congkak yang terletak di Ulu Langat, Selangor bagi aku merupakan antara tempat yg seronok untuk bermandi-manda dan ber BBQ . Aku pernah jugak pergi sungai2 yg lain di Selangor ni tapi so far yg menambat hati aku ialah Sg. Congkak. Satu lagi sungai yg aku suka ialah Sungai Sedim, Kulim.

Bagi aku, keistimewaan Sg. Congkak ni ialah sebab ianya panjang dan kedalaman airnya pelbagai. Kalau bawak anak2 kecil, boleh la main di bahagian yg airnya cetek, kalau bawak anak2 besar macam aku ni (yg pantang jumpa air mesti nak terjun tiruk) boleh la cari lubuk2 yg dalam sedikit. Tapi sebenarnya yg paling dlm pun takder la sampai boleh tenggelam... unlike Sungai Sedim.

GETTING THERE

Peta:

Bila kau masuk jer simpang ke Sg. Congkak ni, ko akan nampak beberapa outbound camp/chalet yg sesuai utk aktiviti2 sekolah/persatuan. Tapi area situ sungainya tak best. Cetek dan aku meragui kebersihan airnya. Mmg la air tu lebih dua kolah kan, tapi mengenangkan entah berapa ramai org yg kencing (or even worse berak) dlm air kt bahagian awal sungai, tertutup selera aku nak berpiknik di situ.

Kau drive lagi masuk ke dalam kau akan jumpa satu gate besar. Hutan Rekreasi Sg. Congkak. Ha, kat sini la best kalau nak piknik. Ada 7 Zon di sini. Zon 1 ialah yg paling dekat dgn entrance gate, Zon 7 yg paling jauh ke dalam. Biasanya yg piknik di Zon 1 sampai 3 ni ialah org2 yg;

1)Tak larat jalan jauh
2)Bawak byk sgt barang macam nak pindah ajer
3)Pemalas
4)Bawak anak kecik/org sakit/org tua/orang kurang upaya etc.
5)Underachiever (haha)

Sebabnya kau kena parkir kereta/motor/humvee/tank di luar gate dan berjalan masuk ke dalam. Zon 1 sampai 3 ni airnya cetek, dan selalunya ramai orang. Makcik2, kakak2 bawak anak2.. Kalau nak skodeng aweks ko kena gi to higher zone.

But wait... kepada korang yg tak nak tergolong dlm golongan loser yg mandi air lebihan orang Zon 5,6 dan 7 tapi malas nak berjalan jauh, ada short cut nya :D . Sebelum kau drive sampai main gate ko akan nampak satu simpang di sebelah kiri. Pastu akan lalu jambatan kayu, dan warung. Terus jer sampai ko jumpa satu lagi gate utk masuk Hutan Rekreasi Sg. Congkak di sebelah kanan. Kat situ ada booth, so ko kena bayar duit parking sama duit masuk per head. Drive terus masuk ke dalam nanti ko akan jumpa parking. Parking kat sini lebih teratur dan lebih selamat berbanding parking di main entrance, sebab di main entrance ramai jugak la yg mem parking kereta ikut suka mak bapak dia jer. Ada yg nak block jln la, ada yg double parking la and still kena bayar parking fees jugak.

Bila ko masuk dari sini should be Zon 3 already, kelas atas sikit la. Tapi nak lagi cool kena la berjln lagi ke higher zones.


ACCOMODATION AND FACILITIES

Ramai yg dtg sini hanya utk berpiknik, so entrance fee RM1 satu kepala plus parking fees. Parking fees bergantung ko parking kt mana la kan. Ada yg RM 2, ada yg RM 5, ikut la org2 kampung kt situ nak charge ko berapa RM. Tapi yg pasti semua kena parking kt luar (even motor pun tak leh masuk) KECUALI sesiapa yg stay di chalet2. Even yg dah book chalet pun hanya sebuah kereta per chalet jer. Tu yg diaorg cakap on the website la, tapi actually boleh jugak lebih dari satu kereta, cuma ko kena extra RM 5 per car la. And while driving masuk ko akan tgk muka2 jealous org2 yg terpaksa park kat luar. Muhuhahahha!! Kesian diaorg... penat berjalan kak??


Utk org2 yg suka berkhemah (means bermlm dlm khemah), tapak2 khemah jugak disediakan. Satu tapak RM10. Selain tu boleh jugak sewa chalet. Click here utk tgk rate nya. Quite economical actually. Aku, Wan, sister-in-law and husband and their daughter hari tu sewa chalet nombor 10, mmg cukup besar utk kami. Lagi la kalau korang jenis yg tak kisah tido reramai. Cuma kena bawak tilam or Toto jer la.

Utk perkhemahan sekolah, persatuan, kem bina insan syarikat2 corporate maksudnya yg ramai2 tu, boleh sewa tapak perkhemahan besar, dewan dan padang utk buat senamrobik atau perhimpunan (tapi jgn pakai baju kuning ramai-ramai ye? nanti kena sembur dgn tear gas pulak hahha).

Hutan Rekreasi Sungai Congkak ni di maintain oleh Tourism Selangor Sdn. Bhd, a private company (no phone : 03-55132000) so kalau nak book chalet or dewan boleh la call diaorg ni.

Satu perkara yg aku suka, tempat ni well-maintained. Tong sampah pun byk (walaupun adalah jugak rakyat Malaysia bahlul ni yg buang sampah merata-rata). Toilet pun bersih. Pondok2 berteduh pun dlm keadaan bagus. Ada surau, tandas tempat tukar baju, tpt BBQ etc

Mmg aku rekemen la tempat ni.

Oh by the way, pernah sekali aku mandi kt sini, masa aku tukar baju baru perasan yg ada seekor pacat kat peha aku dgn sedapnya menghisap darah aku. Mujurlah aku ni tak geli dgn pacat so aku try la cabut tapi susah nak keluar. So aku biar jer lah dia kenyang sampai tergolek.. rezeki dia hari tu kan? But ladies (of jantan yg penakut), fret not, dlm 10 kali aku gi Sg. Congkak baru sekali jer aku kena gigit pacat. :D

No comments:

Post a Comment