Thursday, January 29, 2009

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang

Tuesday, March 04, 2008

Aku nak berkongsi dgn korang semua tentang satu tempat yg tak ramai Malaysian yg tahu kewujudannya, tapi tourist mat saleh flocking ke tempat ini iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, di Kuala Gandah, Pahang.

Aku pernah dgr pasal tempat ni from my husband dan kemudian ada tgk di TV8 rancangan Trippin' (I so *heart* Rina Omar!!!). So apa lagi.. My dearest someWan ajak la aku singgah sana dalam perjalanan kami ke Cherating Jumaat lepas.

Kitaorg guna Lebuhraya Pantai Timur pastu keluar di exit Lanchang. Straight ahead ada simpang tiga, turn right. Kat situ korang ikut jer papan tanda Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah (Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre).

Pusat Konservasi ni agak jauh ke dalam, nak ke sana mmg kena lalu jalan kampung, tapi jgn risau, tak payah guna 4-wheel-drive pun tak per. Naik Kelisa pun boleh sampai jugak. Dalam perjalanan, perhatikanlah kiri kanan jalan, ada Orang Asli duduk kawasan tu :D.

Conservation Centre ni di asaskan oleh Jabatan Perhilitan dan merupakan base kepada Elephant Relocation Team. Contohnya, kalau diaorg dpt aduan pasal gajah masuk kampung dan rosakkan tanaman, team ni akan dtg and move the gajah to Taman Negara.

Aktiviti PKGK ni start kul 2.00 ptg tiap2 hari kecuali hari Jumaat. Sebelum tu ada video show.. Best jugak presentationnya. Aku yg bukanlah animal lover pun boleh 'insaf'. Yelah, insaf tentang kepentingan kita melindungi haiwan terancam.

Apa aktiviti yg boleh dilakukan?

"Up close and personal" dgn gajah2. Kita boleh belai the gajah, bagi gajah makan (gajah tu diaorg tak letak dlm kurungan), naik gajah gi jenjln.. mandi dgn gajah (my husband got to naik the gajah with the trainer, then the gajah akan masuk dlm air sungai pastu dia suddenly baring dlm air! - Syiok wo!) tapi mmg kena bawak extra baju ler kalau nak mandi dgn gajah.

Interested?

Ha, tpt ni pun takder lah jauh sgt dr KL. Dlm 2 jam jer masa perjalanan and plus.... IT'S FREE!!! Tapi ada I urge you to make donation!! Don't be such a cheapskate okay? Duit tu akan pergi ke pemuliharaan and pemeliharaan (eh betul ker ayat ni?) gajah2.. utk tujuan relocation gajah pun sama.. so mmg kejam la kalau korang tak donate (hahaha).

Di syorkan dtg sini on weekdays sebab time tu tak ramai yg dtg. Masa aku pergi Friday last week, adalah dlm less than 30 org jer, so boleh spend time lama2 bermain dgn gajah. Diaorg bagi masuk 120 orang ajer sebab tak nak upsetkan gajah2 tu, so kalau nak dtg on weekend jugak (especially kalau korang buat rombongan Cik Kiah, better call pusat ni dulu.. (09-2790391).

Seriously, I think this Conservation Center is one of the best places I've been to in Malaysia. Heck, this place can kick Maesa Elephant Camp's (Chiang Mai, Thailand) @$$. The staffs here are friendly and knowledgeable, the facilities are good and I love the fact that this place is not commercialised at all. Macam ni barulah MALAYSIA BOLEH!! Bukannya buat lemang terpanjang la, bendera terbesar la dan segala macam benda2 mengarut camtu.

Lepas ni kalau ada orang cerita kat aku yg diaorg tunggang gajah kt Phuket ker aku akan gelak guling2. Apa kelas naik gajah pakai saddle?? Aper kelas hulur makanan kat gajah from a prison bars? Apa kelas tengok gajah 'menari2' atau melukis? Meh la dtg Kuala Gandah, instead of rasa gajah tu sejenis haiwan sarkis, ko akan rasa betapa pentingnya kita menjaga habitat gajah supaya gajah tak pupus. Kau akan rasa yg sebagai makhluk tuhan gajah juga berhak hidup dalam suasana yg aman damai. Tabik spring aku kt Conservation Centre ni.

1 comment:

  1. Hmm ... nice. nanti aku pun nak bawak wife aku pg Kuala Gandah juga lah..
    Thanks Arni

    ReplyDelete