Friday, May 22, 2009

Bukittinggi/Padang Sumatera Barat, Indonesia

Hey all,

I'm baaaaaaaaaaacck!!
8-11 May hari tu, aku dan Wan ke Padang dan Bukittinggi, Indonesia. Kali ini kami pergi berdua sahaja.

Ini breakdown kewangan perjalanan kami (secara kasar);

1) RM 230 - Tiket Air Asia utk dua org pergi balik (itupun boleh kurang lagi kalau aku tak ambik GoInsure)
2) RM 150 - Sewa Avanza untuk satu hari beserta supir.
3) RM 204 - Hotel utk 3 hari. 2 hari di Bukittinggi = RM 124, 1 hari di Padang RM 80


8 May 2009

Hari pertama saja kami sewa Avanza. Ye, walaupun kami berdua saja, tetap kena naik Avanza pasal diaorg takder sewa kereta kecik2. Hari kedua, ketiga dan keempat kami naik public transportation diaorg jer. Kami naik Angkotan Kota, naik bendi, naik 'travel'. Konon2 nak buat macam yg Anthony Bourdain pesan la "Be a traveller, not a tourist".

Kami take-off dari LCCT pukul 7:50 pagi dan sampai ke Minangkabau Airport, Padang pukul 8:00 pagi. Sekejap giler kan? 10 minit jer.. hehe.. Well, actually Padang punya masa lambat satu jam dari KL, pasal tulah jadik macam tu.

Sesampainya di sana Pak Doni dah menunggu. Dari airport, kami terus ke Bukittinggi. Bukittinggi ni terletak di tanah tinggi macam Cameron HighlandDalam perjalanan, kami tengok slow jer Pak Doni ni drive, tak makan pagi kah? Jadi kami mintak dia berhenti di warung2 makan di tepi jalan. untuk trip kali ini aku mmg sudah bersedia dgn kemungkinan cirit-birit (macam time kitaorg gi Jakarta tu), aku dah bawak pil cirit-birit, chikitek aun, garam osmosis, pill arang etc. Untuk langkah berjaga2 aku minum 'Teh Botol' dingin aja. Makannya 'ketupek' atau orang kita kata ketupat la.. Huh, tak raya lagi dah makan ketupat ye? Mmg diaorg serve ketupek sepanjang tahun rupanya. Ketupeknya di makan sama pucuk paku masak lemak kuning. Pelik kan? Tapi aku hantam sajalah (walaupun sebenarnya dah kenyang breakfast Mc D kt LCCT).

Oh ya, FYI, Padang ni merupakan tempat asal kebanyakan org di Nogori Sembilan. Kampung laki den. Alaa... tempat Keri Jamaluddin tuh.. hehe.. Memang bagus sangat la kan, laki aku (Wan) org Minang, aku wong Jowo.. Jadiknya, org2 kt sana cakap a little bit like org Nogori Sembilan. A little bit jer. Sebab, origin org2 nogori sembilan tu dari daerah Payakumbuh.

Selepas makan kami teruskan perjalanan. Singgah juga di Lembah Anai, tempat air terjun. Mmg tinggi air terjunnya, tapi kami tak mandilah. Tangkap gambar aja. Tiba-tiba aku rasa nak membuang air kecil, so Pak Doni berhentikan van di sebuah tandas awam. Unik sangat tandasnya, jadik aku ambik gambar dulu sebelum membuang.

As you can see, air utk mencebok di ambil dari air sungai. Dan dalam masa yg sama, hasil buangan kita akan disalurkan terus ke dalam sungai yang sama.. Hahha.. Tak per lah.. lebih dari dua kolah kan? Dan seperti biasa parking sekejap pun kena bayar jugak (eh, aku ada citer tak kt Indonesia tak der parking yg free.. walaupun kau parking kt depan kedai yg ko nak masuk, still kena hulur gak Rp 6000 camtu. Kira sedekah jer lah ek? Rakyat dia ramai miskin, so camtu lah dia nak cari rezeki.

Selepas melepaskan hajat, kami teruskan perjlnan. Ambil masa lebih kurang 2-3 jam jugak la. Kalau Wan yg drive maybe 1 1/2 jam jer kot. Cantik sungguh permandangan di sana. Hijau jer. Sejuk mata. Kami singgah jugak di Pandai Sikek, tempat menjual hasil2 sulaman. Cantik giler laa, cuma kami tak nak terburu2 membeli, so just tgk2 ajerlah.

Selepas lunch Nasi Padang, kami check-in hotel kami (Hotel Mitra) yg terletak di Pasar Bawah. Satu mlm dlm RM 60 so boleh bayang jer la keadaannya. Takder kipas atau air-con (mmg tak perlu pun, pasal Bukittinggi mmg sejuk), air panas terhad (sial tul, kul 7 pagi aku kena mandi air ais. Kul 9 pagi ada pulak air panas). Tapi kami traveller, bukan tourist, so bantai sajalah.

Lepas solat Zohor kami keluar ke Lobang Jepang. As the name suggests, it's a hole made by them asshole Japanese.. Neh.. it's actually a tunnel dug by Japanese force labours during World War 2. Luas dan panjang jugak terowongnya. Bukan cam kt Vietnam tu tau. Dalam tu ada bilik meeting, ada dapur, ada jail, ada lubang utk sumbat mayat (lubang tu direct gi canyon) bangsat betul askar2 Jepun ek? Masuk terowong tu, akan ada sorang mamat ikut kita dan explain pasal terowong ni. Macam personal tourist guide lah. At the end dia mintak RM 10 sorang.. Tapi pasal cara dia explain pasal terowong tu exciting, so tak rasa regret la kena bayar pun. I mean, dia pun nak cari rezeki halal kan?

Lepas tu kami pergi lah tempat2 tourist-y macam Fort the Kock, Taman Haiwan etc. Malas nak citer, korang baca jer la kt wikitravel ek?


9 May 2009

Esoknya, kami naik Angkotan Kota ke Aur Kuning (pronounced Kuniang), pasal ada org kata baju2 kt situ murah2. Aku kan nak beli barang niagaan. Tapi hampeh. Aku tgk yg byk blouse2 jerlah. Tapi best jugak la blend it dgn locals. Kalau kami tak bersuara, org tak tahu kami org Malaysia. Pasal style tudung diaorg pun lebih kurang cam kt malaysia jer.

Pastu kami naik Angkotan semula ke Pasar Atas. Aku mmg shopping sampai habis duit la kt sini. Aku kan business woman sekarang ni.. hehe. Barang2 kt sini tak lah semurah Bandung (weyy.. aku rindu nak ke Bandung semula, tapi tak de kawan. Ada sesiapa nak temankan aku?) tapi kualitinya lebih la sikit. Sulam tangan pun banyak (tapi aku tak minat). AKu minat yg kerawang2 tu. Aku belilah telekung yg mak aku kirim (10 pasang tu beb!), kebaya2 cantik sulam2, baju kurung moden. Aku pergi bawak satu beg, dah beranak pulak jadik dua.

Petang tu kami jalan2 pusing2 Pasar Bawah. Pasar Bawah ni mmg tempat penduduk tempatan meniaga sayur2an buah2an ikan dsbg. Geram beb tgk sayur fresh2, tapi aku nak beli buat apa, bukannya aku boleh memasak kt sana kan?


10 May 2009

Pagi2 berjln dari hotel ke Pasar Atas.. Lerrr.. dekat jer rupanya. Hanya panjat anak tangga jer. Punyalah semlm dok naik bendi (kereta kuda) dari Pasar Atas ke hotel di Pasar Bawah. Last minute shopping, aku beli tudung2 pulak. Ni utk meniaga jugak tau. Kitaorg mintak budak receptionist hotel arrange 'travel' utk kami ke Padang. Berhimpit2 la naik Suzuki APV tu dgn org2 lain yg nak ke Padang jugak. No hal pasal bayarannya pun murah.

Hotel kami dekat jugak la dgn pantai. So, lepas check-in kami berjalan ke pantai. Ingatnya nak makan seafood tapi the only seafood restaurant kt situ cam tak halal ker. Ada iklan Anchor beer plak, so baliknya kami makan KFC saja..


11 May 2009

Pagi kami berjalan kaki ke area pasar. Singgah la beli kerepek pedas Christine Hakim.. Alaa, pelakon dolu2 yg fames tu laa. Iklannya di mana2 so aku ingat sedap la kan. Turn out, rasanya cam biasa jer. Mak aku buat lagi sedap..

Lepas makan tghari kami berangkat ke airport pasal flight kami pukul 2:50 ptg. Tgk2 flight tunda satu jam plak. Oh well..

Secara keseluruhan aku rasa trip aku kali ni just ok-ok sajalah. However, aku rasa semakin senang dgn negara Indonesia. Ramai org kita perasan kononnya mereka lagi bagus la dari Indonesian, jenis2 yg look down on pendatang asing Indonesia, but to me Indonesia ni rakyatnya rajin2 dan very resourceful. Too bad la leader diaorg cam sial jer.

Dan lagi yg aku suka kt Indonesia, bila kita jus buah2an, jusnya amat pekat. Dia letak air sikit jer. Aku rasa secawan jus semangka (tembikai) di sana boleh buat 3 gelas 'jus' di Malaysia.. punyalah cheapskate nya org kita.

Anyway, kt office aku ni diaorg dah block website2 gambar, so aku tak leh nak upload gambar. Esok aku upload from my parents house, ok?

Till then,Take care.